SPA datang lagi dengan...exam online PTD!! Yeayyyy!!!
Yup..tarikh 1 November 2014 ni adalah satu lagi tarikh yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pencari kerja di Malaysia, nak-nak lagi bagi mereka yang bercita-cita nak keje gomen. Pada tarikh ni nanti, akan ada satu lagi exam online bagi menapis calon-calon yang layak untuk mengisi jawatan hot sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 (PTD).
Dan bagi calon-calon yang mungkin tengah berdebar-debar dok tunggu hari exam, memang takde barang panas lain yang diorang cari sekarang ni melainkan buku rujukan exam PTD. Maunya tak panas..lagi dua tiga hari nak exam. Satu hape pun tak study lagi :)
Tapi tak perlu gabra. Sebab macam biasa, Tim Infokerjaya akan selalu ada untuk bantu semua calon prepare apa yang patut. Sama gak untuk exam kali ni..panduannya awal-awal lagi diorang dah siapkan. Versi preview copy-nya pun ada diorang bagi dan sape-sape jer yang nak boleh ambik free.
buku rujukan exam PTD
Study geng..study. Kata nak lulus exam..
Kalau nak ikutkan, buku rujukan exam PTD ni bukan sebuah buku sebenarnya. Tapi lebih kepada e-buku, atau biasa orang panggil ebook. Maknanya kita takleh nak pegang-pegang atau belek-belek kat tangan, tapi kena download masuk komputer dulu, pastu baru boleh guna untuk study.
Preview copy ni, nak kata tebal tu, boleh tahan tebal jugak laa..dalam 37 muka surat. Antara isi mula-mula sekali, pihak Tim akan share maklumat-maklumat asas yang ada kaitan dengan jawatan PTD seperti starting gaji, syarat lantikan, bidang tugas dan koleksi tajuk-tajuk penting yang bakal PTD kena tahu.
Masuk muka surat lapan, panduan ni akan sentuh pulak nota ringkas yang berkisar tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau lebih popular disebut Goods and Services Tax (GST)..kenapa diperkenalkan, kenapa kita kena bayar dan lain-lain. Cukai ni akan dikuatkuasa bermula tahun depan dan boleh dikatakan antara topik penting untuk exam nanti.
Pihak Tim jugak akan ceritakan dengan lebih detail tentang format terbaru exam PTD yang diguna untuk menggantikan format sebelum ni..nanti anda boleh check sendiri seksyen mana yang dah dibuang dan seksyen mana yang baru diperkenalkan.
Anda jugak tentu nak tahu apa langkah-langkah yang perlu calon lalui..start daripada exam online sampai la dipanggil interview. Yang tu semua ada pihak Tim bagitau dalam buku rujukan exam PTD nih.
Last sekali, anda akan diterangkan tentang tiga format utama untuk exam PTD yang terdiri daripada seksyen A, B dan C..berserta dengan contoh-contoh soalan dan jawapan sekali. Termasuk sekali dalam ni ialah contoh soalan khas GST dan GTP.
Nak download ebook ni pun mudah jer. Cuma isi & emel dalam borang online, dan anda boleh download melalui link yang akan dihantar ke alamat emel anda. Borang online ni saya akan bagi kat bawah nanti.
Bagi anda yang nak biasakan diri dengan skop jawatan PTD, format exam, contoh soalan atau sebagai bahan untuk study..panduan ni boleh dikira sebagai antara yang terbaik yang boleh anda jumpa. Info daripada pihak Tim Kerjaya, setakat ni tak kurang daripada 2,070 orang yang dah rembat buku rujukan exam PTD nih.
Jadi, baca ebook ni sampai khatam, study betul-betul dan InsyaAllah; anda dah takyah dah nak risau tak tau nak jawab apa untuk exam 1 November ni.
buku rujukan exam PTD
Satu Tim, tiga orang sahabat baik..
Kalau anda masih was-was, buku rujukan exam PTD ni bukanlah ebook pertama yang pernah dihasilkan oleh Tim Infokerjaya. Sebelum ni pun, dah banyak panduan yang mereka keluarkan khas untuk tolong calon-calon exam online SPA. Antara yang saya tahu, panduan untuk Pegawai Arkib, Pegawai Belia & Sukan, Pegawai Teknologi Maklumat, Akauntan dan ada banyak lagi.
Tim Infokerjaya ni jugak dah diasaskan sejak tahun tahun 2009 lagi dan sampai ke hari ni, dah lebih daripada 62,000 orang graduan yang diorang bantu; sama ada dalam aspek penulisan resume, persediaan sebelum nak interview, exam online dan apa saja yang ada kaitan dengan kerja kerajaan.
buku rujukan exam PTD
Banyak rupanya koleksi Tim Infokerjaya nih..
Kalau anda tergolong sebagai calon yang tak pernah lagi merasa jawab exam online sebelum sesi Mei 2014, dan nak tahu apa yang perlu anda prepare untuk exam ni, maka buku rujukan exam PTD ni memang patut anda download. Isikan nama & alamat emel kat bawah, dan klik butang "Saya Nak!". Dah setel semua tu, jangan lupa check emel untuk dapat link download.
Untuk versi preview copy ni, kalau anda tak nak download pun takpe. Boleh baca terus secara online. Caranya dengan klik jer link yang saya bagi melalui emel.
ps: dengar khabarnya, lebih 70,000 calon bakal bertarung untuk rebut jawatan PTD ni. Nak tak nak, anda memang kena buat sesuatu untuk lebih menyinar berbanding calon-calon lain..
Mana nak cari buku rujukan exam PTD?

About author: Admin
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: