Ramai yang di antara kita teringin sangat untuk mendapat jawatan dengan kerajaan. Saya sangat pasti anda di sini sekarang kerana mencari tips temuduga SPA atau kerajaan.
Lebih-lebih lagi dengan kelebihan yang bakal kita terima yang membuatkan kita teruja untuk menjawat jawatan kerajaan.
Sebelum dapat menjawat apa-apa pun jawatan kerajaan anda perlu melalui sekurang-kurangnya 3 proses iaitu membuat permohonan, menghadapi exam dan juga yang terakhir dan yang paling getir adalah menghadapi temuduga kerajaan ni.
Part temuduga SPA atau kerja kerajaanlah biasanya membuatkan kita seram sejuk dan tak tidur malam, sebab part interview inilah yang paling ramai GAGAL!
Di sini, saya kongsikan dengan anda tips temuduga kerajaan, ilmu dan pengalaman yang saya dan rakan-rakan ada bagi membantu anda menghadapi temuduga kerja kerajaan ini dengan tenang dan mudah.
Walaupun saya lebih menekankan kepada tips lulus temuduga kerajaan tetapi tips-tips temuduga ini sebenarnya adalah tips yang evergreen. Ia juga boleh diguna pakai untuk tips temuduga swasta juga.
0 comments: